Bagaimana Cara
Mendapatkan
Pelepasan Cukai
dengan Simpan
SSPN?
KOD EKSEKUTIF PTPTN000003355
Pengenalan
Selaras dengan penjenamaan PTPTN, nama produk simpanan SSPN kini telah ditukar kepada Simpan SSPN Prime (dahulu dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus). Kedua-dua produk ini menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM8,000.00 bagi simpanan bersih tahun semasa di dalam Simpan SSPN. Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000.00 di bawah insuran nyawa dan KWSP

Kenaikan Insentif Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
01
PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI
Ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Simpan
SSPN dinaikkan daripada RM6,000.00 kepada RM8,000.00
setahun mulai tahun 2019
02
SIAPA YANG LAYAK?
Ibu bapa kandung / ibu bapa angkat / ibu bapa tiri yang membuka akaun atau menambah simpanan Simpan SSPN untuk anak (penerima manfaat)
03
SIMPANAN BERSIH
Pelepasan ini dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Contoh : Jumlah simpanan 2019 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2019
04
KATEGORI KELAYAKAN
Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai sehingga maksimum RM8,000.00 SEORANG setahun
Taksiran Bersama: Pelepasan
Contoh Pengiraan Cukai Individu


Contoh Pengiraan Cukai Berasingan
Hanif dan isterinya Damia membuka akaun Simpan SSPN untuk anak mereka, Amirul yang berusia 14 tahun dalam tahun 2016. Hanif dan Damia memilih taksiran berasingan. Berikut merupakan kedudukan akaun Simpan SSPN Amirul dalam tahun 2017



SOALAN LAZIM
Apakah syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime?
Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:
- Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
- Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
- Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
- Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
- Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Bolehkah Simpan SSPN Prime digunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN?
Siapakah yang layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan?
Bagaimanakah cara untuk mengetahui amaun layak insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan?
Di manakah pendeposit boleh membuat penambahan simpanan SSPN-i?
Simpan SSPN Prime
Tahniah anda telah berjayamembukamenabungdengan SSPNi

Semakan Akaun SSPN Prime

Untuk semakan segera no akaun, mohon untuk hantarkan resit bayaran ke alamat email mohd_syazwan@ptptn.gov.my
Atau ambil gambar resit dan hantar melalui whastapp ditalian
https://resitsspni.wasap.my
https://resitsspni.wasap.my
mohd_syazwan@ptptn.gov.my
Eksekutif Pemasaran
Eksekutif Pemasaran
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Penafian:
Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) Rasmi yang dilantik oleh PTPTN. Segala maklumat dan kandungan di dalam laman web ini adalah tanggungjawab Eksekutif Pemasaran.
Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) Rasmi yang dilantik oleh PTPTN. Segala maklumat dan kandungan di dalam laman web ini adalah tanggungjawab Eksekutif Pemasaran.
MOHD SYAZWAN BIN MOHAMAD
EKSEKUTIF PEMASARAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
KOD EKSEKUTIF PTPTN 000003355
EKSEKUTIF PEMASARAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
KOD EKSEKUTIF PTPTN 000003355


